![Hasil carian imej untuk lonely icon](https://static.thenounproject.com/png/734983-200.png)
Kesunyian ada macam-macam jenis. Lili selalu rasa sunyi, walaupun Lili sebenarnya seorang yang agak ceria, dan ramai kawan. Lili pernah baca, kesunyian yang berasal daripada kehilangan seseorang itu sama seperti sakit bila kita tercedera.
Tapi pada Lili kesunyian itu boleh jadi sesuatu yang baik, mungkin Tuhan nak kita perbaiki diri, atau heal (pulih) dari kesedihan atau kekecewaan. Sebab Lili percaya yang kalau kita nak tarik tenaga positif dari sekeliling, kita sendiri perlu positif dalam fikiran, dalam perlakuan dan berusaha untuk capai sesuatu dengan niat yang baik. Pelik ke apa yang Lili cakap ni?
Tapi kalau kesunyian itu rasanya berat dan tak tertanggngkan, kita perlu minta bantuan orang sekaliling. Ya, tak mahu menyusahkan orang, tapi kita juga tak mahu orang salah faham dengan keadaan kita kan? Baiklah, contoh kesunyian yang Lili boleh fikirkan sekarang:
- Tak boleh nak luahkan perasaan sebenar.
2. Tak ada tempat mengadu.
Yang ini paling biasa. Manusia kan makhluk yang sosial... Selalunya terjadi bila kita berada di tempat yang baru; seperti bila pindah rumah, tukar tempat kerja, berhijrah ke negara baru... atau bila kita baru kehilangan orang yang tersayang (keluarga, teman hidup), bestfriend included. Siapa yang tak perlukan sokongan dari insan-insan terdekat? Atau pun anda dikelilingi dengan teman, kawan-kawan, tapi semuanya bukan seorang yang kita percaya untuk mendengar keluhan hati, atau untuk keluarkan perangai-perangai pelik kita.
3. Bila ada dalam keadaan emosi yang didera.
Lili harap tak ada siapa pun yang membaca sedang mengalami deraan emosi. Dulu Lili ada teman lelaki yang abusive. Sebenarnya masa itu Lili rasa sangat keseorangan. Lili takut nak cerita pada sesiapa sebab Lili takut orang cakap Lili bodoh, atau beranggapan negatif. Hakikatnya, pendera emosi memang akan sengaja jauhkan mangsa mereka dari orang sekaliling. Nanti bila ada masa Lili cakap mengenai perderaan emosi.
4. Bila life happens.
Kita hidup di alaf yang mengasiangkan. Kadang-kadang kerja tak henti-henti, atau tanggungjawab kita ke atas keluarga pun berat. Tak ada masa. Tak ada masa untuk bernafas, untuk jumpa kawan, untuk jadi diri sendiri, untuk duduk dan baca buku kegemaran. Bila semuanya untuk meneruskan kehidupan. Sunyikan?
Lili nak tau, kesunyian mana yang pembaca semua rasakan?
Apa kita nak buat bila sunyi macam ni? Lili nak beritahu satu perkara, saat-saat yang berat dan menyedihkan ni semuanya akan berlalu. Time heals. Tapi kita tak boleh pasrah sahaja. Cuba buat sesuatu untuk tarik diri keluar dari situasi ni.
Siapa lagi yang paling layak untuk jaga hati dan perasaan kita kalau bukan diri sendiri? Jangan harapkan orang lain untuk berikan kita segalanya. Betul, life happens, tapi cuba, cari masa biar 5 minit pun, untuk buktikan pada diri sendiri kita mampu untuk bergembira. Meditasi 5 minit sehari dan jangan kongsikan aktiviti itu dengan sesiapa pun. Kepada kawan-kawan yang mengerjakan solat, jadikan masa itu alone time anda dengan Tuhan. Lili cuba nak katakan di sini, bila kita dilanda perasaan yang berat, orang paling mampu untuk menghilangkan perasaan itu adalah kita sendiri.
Kepada yang tiada teman rapat, cari kawan baru. Internet juga satu kemudahan. Ada berberapa platform yang boleh digunakan untuk mengisi kekosongan. Dalam dunia ni mesti ada yang kindred spirit dengan kita. Cuma kadang-kadang rare, macam unicorn! Tapi ingat, terdapat banyak bahaya bila bersosial dia alam cyber. Gunakan internet dengan berhati-hati dan jangan jadikannnya penyelesaian yang kekal. Baca ini untuk keselamatan bersosial di sosmed.
Tambahkan aktiviti harian, sertai aktiviti-aktiviti kemasyarakatan atau daftarkan diri untuk belajar sesuatu yang baru. Manalah tau, ada kenalan baru yang boleh ditemui.
OK! Kalau ada kawan-kawan, keluarga dan saudara di sekeliling, REACH OUT. Cuba perlahan-lahan beritahu seseorang. Cari sesiapa yang boleh di percayaai, cuba bina deeper connection. Jika ada pasangan sendiri, cuba luahkan perasaan kepadanya. Mungkin kita terlalu kuat selama ini dia tak tahu yang kita sedang kesusahan. Mungkin dia tak tahu keadaan sebenar. Mungkin dia pun rasa kesunyian juga.
Lili selalu rasa sunyi sebab Lili tak pandai untuk luahkan perasaan Lili. Tapi sekarang Lili sedang belajar untuk cuba sampaikan pendapat Lili pada pasangan. Ada pandangan atau pendapat nak kongsi dengan Lili?
Baca link ini juga, Grief and loss: Harvard.
Jangan sedih-sedih ye? Share sini pun boleh juga, Lili je pun yang ada ni.
Ulasan
Catat Ulasan