Lili akan cuba berceloteh mengenai keyakinan diri. Maklumlah, kita kan manusia biasa, tak terlepas dari kelemahan dan kekurangan. Tapi baguskan kalau kita tahu kelemahan diri itu, dan cuba sedaya-upaya memperbaiki diri?
Tulisan Lili hari ini adalah untuk mereka yang ingin memperkaiki keyakinan diri. Siapa pernah rasa sangat kagum bila melihat rakan sekelas atau sekerja membentangkan hujahnya? Mahu tak jadi macam rakan itu? Jom kita cuba baiki keyakinan diri!
1. Kenali diri anda
Mula-mula sekali Lili nak tegaskan di sini, setiap orang adalah unik dan memiliki sifat-sifat yang baik dan buruk. Jangan sekali-kali memandang rendah kepada kebolehan diri sendiri. Mungkin ada kualiti dalam diri kita yang kia tak banggakan pun, tapi orang lain sanggup buat apa saja untuk memilikinya. Cuba panggil kawan/kawan-kawan yang rapat dan minta tolong duduk dengan anda untuk seketika dan senaraikan kualiti baik dan buruk anda. Dari situ, kata dapat NILAI sifat-sifat yang boleh dibaiki dan apa yang boleh digunakan sebagai penambah keyakinan diri. Dari sini...
2. Terima diri anda seadanya
Setelah menemui kebaikan dan kelemahan diri,
3. Baiki diri
Tambahkan kemahiran diri yang kurang. Contohnya jika anda kurang yakin bercakap di hadapan orang ramai, cuba berlatih dulu dengan ucapan anda. Cuba bercakap dihadapan cermin, lihat gerak-geri anda dan cuba berdiri tegak, senyum dan dan sampaikan ucapan itu perlahan-lahan. Pastikan anda tahu apa yang anda sampaikan, kerana itu menambah keyakinan diri. Kemudian BAYANGKAN anda berada dihadapan orang ramai, ulangi ucapan tersebut dan buat sehingga anda berasa yakin untuk cuba berucap dihadapan kawan-kawan rapat pula. Bersedia untuk menghadapi sesuatu yang menakutkan adalah sesuatu yang bijak. Jangan tangguhkan sesuatu hanya kerana anda tidak sukan lakukannya.
4. Penampilan diri
Ini mungkin kedengaran agak shallow(cetek) tapi keyakinan diri boleh di tambah dengan menjaga keterampilan diri. Pastikan anda berpakaian kemas (tak perlu berjenama, ya? kemas dan selesa) dan sesuai dengan majlis/program. Pakaian yang sesuai bukan saja menambahkan keyakinan, tapi ia mengurangkan faktor rasa tidak selesa dengan diri anda.
5. Jaga diri
Minda yang sihat datang dari badan yang sihat. Tahukah anda bersenam secara berjadual memberikan kesan yang serupa keatas kesihatan mental seperti psikoterapi (1)? tapi bukan itu sahaja kesan bersenam, kurang berat badan, merendahkan risiko penyakit kronik seperti Alzheimer, tekanan darah tinggi dan diabetes.
6. Budi perkerti
Pelikkan? apa kaitan budi pekerti dengan keyakinan diri? Sebenarnya ada kaitan! Keyakinan diri akan bertambah bila kita selesa dengan diri sendiri, seseorang yang menjaga budi pekerti, sentiasa berbuat baik dengan orang lain akan berasa selesa dengan dirinya sendiri.
7. Berikan diri ruang untuk penambah-baikkan
Rujukan:
1. J.S. Raglin Exercise and mental health: beneficial and detrimental effects Sports Med., 9 (6) (1990), pp. 323-329
What comes to mind about identity: Having often struggled with my national/cultural identity (not sure this is interesting for your post),
I can say that one thing that can give me comfort is just accepting who I am and not always relating that to societal/cultural expectations.
Ulasan
Catat Ulasan