Baru-baru ini Lili ada menghadapi dilema berkaitan dengan arah tuju kerjaya Lili... nak kekal dalam jawatan sekarang atau nak cuba sesuatu yang baru? Lili pun tertanya-tanya, macamana nak buat keputusan dengan baik dan berkesan?
so, Lili buat la sedikit search dan berdasarkan bacaan hari ini, Lili akan kongsikan di sini, apa yang Lili belajar dari bacaan Lili itu.
Bila tibanya kita di persimpangan dilema ni...
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh3CSz-h0DeXD0FoKENKMzbp9_Vv-JRX-cjMaiL4lLOb-nIqo9Vm7rXWFwmvi20NLKeQj7I1Q6Wf7mtksprLQe48sIru7WMD42dd08cbcwfAntiRBM6AHqe0GWml75KAYf6aoVZkUPAc60l/s320/Untitled.jpg)
Ada pelbagai perasaan akan timbul. Cuba ingat balik masa kita rungsing dengan pilihan hidup. Macam-macam timbul, kan? contohnya, rasa penat dan tak bersemangat... rasa mudah tertekan, serabut dengan aktiviti seharian, rasa keliru, rasa macam buat benda lain lagi senang dari menghadapi pilihan tersebut.
Yang terbaik adalah untuk kita bebaskan diri dari belenggu perasaan ini sebelum kita mula fokus untuk berfikir. Cuba tenangkan fikiran dulu. Kosongkan minda anda, jalan di taman sekejap atau minum teh dulu atau dekatkan diri dengan Tuhan dan bertafakur. Apa-apa cara sekalipun, jangan buat keputusan dalam keadaan rungsing. Anda tak mahu buat sesuatu yang akan disesali.
Dah tenang? Ok. ada dua jenis pilihan dalam hidup ini.
Satu, pilihan yang kita buat secara habit. Contohnya, apa nak makan hari ni? Pilihan begini Lili rasa tidak menggangu kita sangat. Dan pilihan begini akan menjadi mudah jika kita tetapkan awal-awal peraturannya. contoh? makan malam adalah masa untuk makanan sihat, seperti sayur-sayuran dan protein. Makanan tengahari kalau tak boleh nak putuskan sesuatu kita akan pilih nasi berlauk. kan senang? option B yang tetap kalau tak ada pilihan lain yang boleh dibuat.
Kedua, pilihan yang datang secara tiba-tiba, yang boleh mengubah haluan hidup kita. Yang ini tak sesenang makan. jadi berdasarkan apa yang Lili baca, rata-rata *pakar membuat keputusan internet* cadangkan kangkah-langkan berikut:
1. Jangan panik.
Dengan tenang, tetapkan berapa lama masa yang kita ada untuk membuat keputusan. Kalau super mudah, 5 minit sudah cukup. 30 minit? dua minggu? Tetapkan masa berdasarkan berapa penting keputusan yang kita mahu buat. Jangan tergesa-gesa membuat keputusan atas perkara yang sukar. Dengan menetapkan tempoh masa untuk berfikir, kita akan serta-merta dapat rasakan bahawa situasi yang dihadapai adalah dalam kawalan kita sendiri. Dah tetapkan masa, kita senaraikan pilihan yang ada. Dari senarai itu, hitung baik buruk setiap satu pilihan itu.
2. Buat perhitungan.
Bercakap tentang baik buruk sesuatu pilihan, cuba lihat setiap pilihan dengan adil. Apa yang kita mahu tak semestinya apa yang kita perlukan. Ada masanya pilihan yang paling sukar untuk diambil adalah jalan yang terbaik untuk kita. Jadi cuba secara adil lihat setiap pilihan dari semua sudut. Jawab soalan ini bagi pilihan-pilihan itu: adakah pilihan ini praktikal? atau ia lebih baik untuk membuat pilihan berdasarkan emosi? jika anda rasakan keputusan yang bakal di ambil adalah berat, cuba kongsikan pilihan yang ada dengan seseorang yang mungkin pernah menghadapi situasi yang sama, atau, seseorang yang juga akan secara tidak langsung akan terkesan dari pilihan yang kita bakal ambil. Tapi ingat, keputusan yang anda ambil nanti perlu datang dari diri anda sendiri.
Satu teknik yang Lili rasa menarik adalah menggunakan perkataan 'jika/maka' untuk melihat kemungkinan yang akan berlaku kesan dari pilihan yang ada. Contohnya: Jika saya berhenti bekerja secara mendadak, maka saya tidak akan ada punca pendapatan bulan hadapan, Jika saya berhenti bekerja secara mendadak, maka saya akan ada lebih masa untuk memulakan perniagaan...
3. Uji keputusan itu.
Cuba letakkan diri anda dalam situasi setelah keputusan dibuat. contohnya, Lili nak pindah ke Singapura, Lili akan cuba cari maklumat mengenai kehidupan di sana. Sewa rumah, gaji baru, cara kerja baru, adakah semuanya okay?
Satu lagi yang Lili dapati, jangan biarkan dilema itu memakan terlalu banyak masa.
Lili harap ini semua membantu! Selamat mencuba!

Terima kasih sekali lagi Dr. Lili!
BalasPadamMacam saya mengulas post lain anda, saya banyak menangguhkan perkara, termasuk keputusan, jadi saya gembira baca pasal ini.
Saya ada soalan: Apa kita boleh buat kalau ada 2 pilihan dalam keputusan yang sangat penting, dan merasakan kedua-dua alternatif itu adalah sama baiknya/buruknya?
Hi Martin! Lili gembira lah sebab Martin selalu baca blog Lili! Hmmm soalan Martin pulak aduh susahnya!
BalasPadamMacam ni Martin, pada pandangan Lili, tak ada pilihan yang akan sama impaknya 100%. Kalau Martin lihat pada masa terdekat ini, tak ada beza antara kedua keputusan itu, cuba Martin lihat untuk jangka masa yang panjang.
Martin pernah dengar 'the butterfly effect'? Ia menyatakan tentang sesuatu tindakan yang sangat kecil dan mudah akan dan boleh memberikan kesan yang besar kepada sesuatu yang kompleks. Contoh paling ideal bagi menerangkan situasi ini adalah isu pemanasan global. Saintis mengatakan bahawa perubahan purata suhu dunia perlu dikawal untuk berada di bawah 1.5C (ada yang kata 2C) sehingga ke hujung kurun ke-21 nanti untuk memastikan dunia tidak mengalami perubahan cuaca yang ekstrim. Maknanya suhu purata tak boleh naik lebih tinggi dari itu, atau berpuluh juta orang akan hilang tempat tinggal (tenggelam oleh air laut yang meninggi kerana ais di kutup sana mencair), haiwan akan kepupusan, kemarau yang berpanjangan dan lain-lain lagi. Cuba Martin bayangkan, cuma 2C sahaja, impaknya pada masa depan sangat besar!
Begitu juga dengan pilihan yang Martin buat. Tak semua pilihan akan berakhir dengan mala-petaka, tapi, impaknya, akan tak mungkin serupa!
Bagi menjawab soalan Martin, Lili rasa Martin boleh juga lihat impak pilihan Martin itu bagi jangka masa panjang dan pilihlah yang memberikan Martin (dan insan-insan yang tersayang) ketenangan jiwa.
Wow, jawapan ini menolong saya betul-betul. Sebenarnya, saya lupa fikar tentang aspek jangka masa panjang! TERIMA KASIH DR.!
BalasPadamSaya menonton filem The Butterfly Effect pada tahun 2004 dan lupa semua, LOL!