Hi, hari ni Lili nak cakap pasal penderaan emosi.Dan ya, edisi insan tersayang (kekasih/suami/isteri/best friend). Lili tak cakap semua hubungna itu perfect, tapi insan tersayang selalunya tidak dengan sengaja melukakan hati anda. Biasalah pasangan bergaduh kan, tapi bagaimana kita bangkit dari situ dan cuba baiki keadaan tu yang penting.
Berat rasanya nak bukak topik ni... tapi Lili rasa ramai di antara kita yang sedang menanggung beban emosi. Kadang-kadang kita tak sedar pun yang kita adalah mangsa. Ada juga yang tak nak percaya bahawa orang yang paling kita sayang itu menyebabkan emosi kita berkecamuk. Perasaan sayang tu sepatutnya meringankan, walaupun hidup tengah susah, kasih sayang akan meringankan beban, bukan tambah beban.
Lili cuba senaraikan contoh permulaan 'hubungan' seseorang dengan si pendera emosi kat sini; cuba cek, ada tak yang macam betul. Lili tak kata semua yang tersenarai ini confirm perangai pendera emosi, tapi jika ciri-ciri ini ada, di tambah pula dengan anda yang rasa 'tak gembira/takut/sanggup bersakit-sakit janji dia tak mengamuk' dan dulu Lili selalu fikir macam ni: 'cepat la mati, wahai si X', maka, besar kemungkinan anda didera. Ok, list Lili:
1. Percubaan untuk mengasingkan kita dari orang lain.
Atau dikenali sebagai 'control' dalam bahasa kita. Dia tak bagi kawan dengan sesiapa, sentiasa minta nak lihat telefon bimbit, tak boleh keluar dengan kawan-kawan (keluar dengan dia sahaja), menyebabkan kawan-kawan lari (macam-macam cara; sebabkan pergaduhan atau cakap buruk). Kawal perhubungan dengan ahli keluarga sendiri.
2. Kawalan ketat
Dia nak tau kita pergi mana, beli apa, dia nak tentukan makanan apa kita pilih dekat menu, baju mana yang dia suka. Boleh kawan dengan siapa (rujuk no 1).
3. Menakut-nakutkan
Bila gaduh dia akan ugut nak tinggalkan anda, contohnya atau, dia ada simpan sesuatu rahsia tentang diri anda yang di akan sentiasa ugut untuk dedahkan. Atau, dia ugut tak mahu tanggung/bayarkan bill (yang memang tanggungjawab dia)/tak mahu bayar hutang dia kepada anda.
4. Tak ramai orang suka dia
Kalau ramai kawan-kawan, sedara mara, jiran tetangga tak suka dia, mereka tak jelous dengan anda, percaya lah cakap Lili.
Ada pelbagai cara untuk mendera emosi seseorang, Lili cuba bagi contoh kat sini;
Cuba jadikan anda bergantung secara emosi kepada dia. Tapi, anda akan rasa seperti perasaan sayang itu tidak dikembalikan. Dia kadang-kadang
boleh dikatakan agak kejam dalam pertuturannya kepada anda. Bukan dia tak tahu ye, dia memang sengaja cuba nak jatuhkan tahap keyakinan diri anda. Ingat kata kunci *bergantung secara emosi* tu... PErkara ni selalu tejadi bila anda dah terpisah dari kawan-kawan rapat, orang-orang yang sebenarnya boleh berikan sokongan.
Demand respect. Anda di latih untuk menghormati dia, tapi dia tak perlu layan anda dengan baik. Dia akan menghukum anda secara tak sedar jika dia tak di hormati. Contohnya, menengking, tak jawap panggilan telefon and atau mesej (jika anda yang tak jawab, dia akan hukum anda lagi), berikan tuduhan-tuduhan yang tak masuk akal, tak mahu berikan sentuhan tangan (atau sentuhan fizikal) bila di minta, biarkan anda sedih atau menangis sendirian atau, dia akan salahkan anda jika berlakunya pertengkaran.
Sebut pasal pertengkaran pula, cuba anda fikirkan mengenai setiap pergaduhan yang pernah berlaku. Adakah semuanya salah anda? jika ya, logikkah begitu? pernahkan dia tuduh anda menipu apabila anda bangkitkan sesuatu yang dia pernah buat? siapa yang hilang ingatan sebenarnya...
Merendah-rendahkan diri anda. Memarahi anda di tempat awam, memrendahkan kemampuan anda, panggilan nama yang kurang menyenangkan seperti 'si gigi besar' 😅 (sorry Lili tak pandai nak buat nama, Lili bukan pendera emosi). Terang-ternagan mengetawakan penampilan anda (pakaian, bentuk badan), tidak membuat eye contact bila berbual, mengecil-ngecilkan minat anda, atau tak mahu dilihat berjalan dengan anda.
Yang ini penting. Mengawal kewangan anda. Jangan sekali-kali lepaskan 100% tanggungjawan kawalan kewangan anda kepada sesiapa. Kalau ada joint account/simpanan bersama, bagus lah, tapi jangan benarkan sesiapa kawal duit hasil titik peluh anda sendiri. Mengawal setiap perbualan online anda. Anda berhak untuk mempunyai privasi. Dulu lepas berpisah, Lili siap phobia bila orang sentuh phone Lili, rasa masam akan ada pegaduhan akan berlaku (leganya orang tu dah tak de!)
Yes. Semua ini adalah deraan emosi. Tak kira lelaki ke perempuan yang buat. Maklumlah zaman equality. Tapi muhasabah diri juga ye, adakah kita yang menyebabkan ´pasangan membebel hari-hari? kalau begitu, mungkin kita la pendera emosi ni. Kalau macam tu, jangan buat lagi la ye? perasaan sayang tak perlu di paksa.
Alamak, ye lah! Apa nak buat?
OMG dulu masa Lili nak putuskan hubungan tu susahnya... Banyak kali Lili datang balik kepada dia. Tapi pada kali terakhir tu dia sebenarnya dah susahkan Lili sangat-sangat. Bak kata orang, dah sampai limit. Susau sangat-sangat ye nak buat, anda kene nekad.
1. Tanya kata hati. Selalunya kita nafikan firasat-firasat ni, sebab kalau boleh nak berteman, kan? tapi cuba dengar jap apa hati tu kata, 'betul ke dia sayang aku atau dia sedang menggunakan aku...' Dulu Lili ada firasat ni... tapi makin lama makin susah Lili nak keluar dari hubungan tu.. maklumlah dah kene control.
2. Jangan rasa simpati kepada dia. orang tu tak fikirkan
hati anda pun. Lili tau perasaan ni, simpati tak pepasal ni... Setelah
Lili fikirkan balik, memang dia tak layak untuk dapat simpati Lili.
3. Cari jalan keluar. Apa pun yang dia peras ugut nak buat kepada anda, cuba cari jalan untuk selamatkan diri. Tanya diri: 1. berani ke dia nak buat apa yang dia kata nak buat tu? 2. Berbalo ke nak tahan perangai dia ni selama-lamanya? 3. Ada tak cari nak pastikan dia tak bertindak bodoh, bila anda putuskan hubungan dengan dia? (buat laporan polis jika perlu) 4. Dia peduli ke kalau anda tak de dalam hidup dia?
4. Kalau anda takut di cederakan, dapatkan bantuan. Lili cadangkan anda luahkan kepada sesiapa, dan minta bantuan mereka! Fikirkan keselamatan diri anda please...
Ingat tau: tak ada orang dalam dunia ni yang layak buat anda macam tu. TIDAK ADA. Kalau anda berada dalam hubungan yang menyiksakan, tolong keluar dari situ!
Ulasan
Catat Ulasan