Memulakan sesuatu yang baru

 Lili ambil gambar ni dekat Iceland




Macam yang Lili buat ni. Blog baru Lili ni sesuatu yang baru untuk Lili. Tapi kawan-kawan kat luar sana pun mesti ada je yang baru nak mulakan sesuatu kan? maybe nak start business online, maybe nak start jaga makan...


Masalah dengan habit baru ni ialah samaada kita boleh kekalkan (sustain) atau tak je... betul tak? Tambahan pulak bila kadang-kadang banyak halangan dalam nak mencapai matlamat kita tu.

Nak memulakan sesuatu yang baru memang bukannya senang. Dah biasa kan dengan hidup yang selesa? kenapa nak tambah seksa? Betul ni...
Menurut artikel ini, kita akan menangguhkan kerja sebab:
  1.  Tabiat menangguh kerja.
  2.  Ada niat tapi tak ada tindakan. Lili rasa kawan-kawan Lili ramai tak start-start niat dia sebab mereka Perfectionist (takut nak start sebab rasa berat sangat benda baru ni, sebab banyak yang perlu diaturkan sebelum boleh mula, kene lengkap, kalau tak lengkap tak boleh mula). Takut gagal (belum mula dah fikir bukan-bukan). Sebab lagi best buat benda lain (Tergoda dengan benda lain).
  3. Rasa macam nanti akan datang mood untuk buat semua ni di masa hadapan. 


Tapi jangan sedih, Meh Lili senaraikan kenapa memulakan sesuatu yang baru itu adalah bagus.


  1. Sebab kita nak memperbaiki kualiti hidup.
  2. Sebab kita nak sel-sel dalam otak berhubung. Otak yang aktif dan sihat dapat menjamin kesejahteraan hidup. Baca artikel ini, otak tikus yang tak aktif selama 12 minggu je pun dah nampak saraf otak tu cuba nak berhubung jugak dia buat cabang-cabang baru, naikkan tekanan darah dlam otak dan mulalah berpenyakit.
  3. Sebab kita hidup hari-hari, mati sekali saja nanti. Rugikan hidup tak buat apa?

Macamana nak mulakan sesuatu?

Semasa Lili nak tulis blog ni... Lili rasa ni nasihat yang Lili paling boleh terima:


  1. Tetapkan masa. Masa mula-mula nak sesuaikan diri dengan habit baru, kita memang perlukan sedikit dorongan. Pastikan kita set masa siap-siap setiap hari/minggu untuk activiti baru kita. Letak kat calendar siap-siap tau!
  2. Setkan sasaran. Bagi tahu diri apa yang kita nak capat hari ni. Mula-mula tu jangan la pulak setkan sasaran tak logik, contohnya nak turun berat 5kg dalam masa 2 minggu. Habislaaaaaah... Cuba setkan sasaran yang logik dulu, tengok macamana pencapaian kita, lepas tu boleh setkan sasaran yang mengikut kemampuan. Ingat tau, semua oranag ada tahap keupayaan sendiri... janji ada progress! janji tak berhenti separuh jalan.
  3. Motivasi diri. Kita perlu pastikan yang kita terus bermotivasi untuk kekalkan habit baru itu. untuk setiap sasaran yang berjaya di capat, berikan 'reward' kepada diri sendiri. Tak perlu lah belikan kereta Ferrari tiap kali sampai sasaran, tapi cukup dengan hadiah-hadiah kecil macam lari kurang 1km hari ini, atau okay dapat makan sedap sikit malam ini. Lili ada baca yang kalau kita ada kata rahsia (secret word) yang kita saja yang tahu, atau memento (objek kenangan) yang boleh ingatkan kita sebab, motivasi atau sasaran pun boleh juga di gunakan semasa bateri semangat tengah kurang.
  4. Jangan putus asa! kadang-kadang tu, memang rasa nak putus asa. Kadang-kadang kita tak dapat nak teruskan usaha. Tapi hari lain ada kan? dan kalau hasil yang kita dapat tu tidak memberangsakan, jangan putus asa! Cuba lagi. 
  5. Mula sekarang. Lili tau yang selalunya orang akan cuba mulakan sesuatu yang baru pada tarikh yang ada makna. Contohnya; tahun baru lah, 11.11 lah, hari lahir lah. Tapi Lili rasa tak salah kalau kita mula sekarang. Lagi cepat kita dapat terapkan habit baru tu!  
Ada tak nasihat yang kawan-kawan nak share dengan Lili? Atau pengalaman mulakan sesuatu yang baru?




Ulasan

  1. Cantiknya gambar ni Dr. Lili!

    Terima kasih atas artikel ni!

    Saya mengalami banyak masalah dengan menangguhkan kerja dan telah belajar dari nasihat Dr. Lili!

    Setelah 4 bulan saya cuba untuk mengurangkan makan gula, dan berjaya, tapi tiada motivasi lagi. Apa boleh buat Dr.?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Martin! Terima kasih sebab Martin orang yang 1st comment dekat blog Lili... yeayyyy!

      Tahniah, sebab berjaya mengelak dari makan gula dah 4 bulan! Lili rasa setelah 4 bulan Martin mungkin dah berjaya mencipta habit baru tu, cuma betul lah, bila bab gula-gula ni... kawan2 pun tak membantu kadang-kadang kan? ajak makan sana sini..

      Tapi cuba Martin fikir, tak rugi ke usaha yang 4 bulan lalu tu semua? Rugi tau, penat kontrol gula tu... mungkin Martin bole set kan hari2 tertentu untuk makan lebih sikit gula dari hari-hari yang lain? Mungkin juga Martin boleh cepat2 gantikan cravings tu kepada snek yang sihat seperti buah-buahan :-)

      Jangan give up tau Martin! go go go!

      Padam
    2. Terima kasih banyak Dr. Lili atas jawapan!

      Saya rasa cadangan Dr. Lili untuk saya set hari-hari tertentu untuk makan lebih sedikit gula boleh berfungsi! Saya akan buat rancangan macam itu.

      Padam
  2. Haha! good luck Martin dan tahniah atas cara hidup baru yang lebih sihat!

    BalasPadam

Catat Ulasan