mengenai depresi, kemurungan (depression)



Hasil carian imej untuk dopamine oxytocin serotonin

Baru-baru ni Lili baca hasil Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2017, 29 peratus (lebih kurang 3 orang bagi setiap sepuluh orang) rakyat Malaysia mengalami depresi atau kemurungan. Hasil kajian pada tahun lepas pula (tahun lepas kajian dilakukan keatas warga emas), 1 orang bagi setiap 10 orang warga emas mengalami depresi.


Dasyatnya data! Kenapa ramai sangat rakyat kita yang sedih ni?!

Apa itu kemurungan?

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, kemurungan adalah gangguan perasaan atau kesihatan mental yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. 
Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurunganboleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.  

Sebab?

Depresi/kemurungan dianggap sebagai penyakit. Ini adalah kerana ia disebabkan oleh perubahan yang berlaku dalam otak kita. Meh, Lili explain sikit. Dalam otak kita ada bahan kimia yang dipanggil neurotransmitter (setengan orang panggil hormon). Tugas mereka ni adalah untuk menyampaikan maklumat kepada otak kita. 

Contoh neurotansmitter: 
🌞 Dopamine, ialah hormon reward atau ganjaran, contohnya, hormon dopamin tu lah yang menyebabkan kita rasa puas hati bila kita siap menjalankan sesuatu tugas. Dopamine juga adalah hormon motivasi dan awas! ia adalah boleh menyebabkan ketagihan.

💖 Serotonin, hormon cinta hahaha. Mengawal perasaan gembira, corak tidur dan selera makan (sebab tu orang tua-tua kata mandi tak basah makan tak mahu... serotonin la tu punya kerja)

🔋 Norepinephrine, hormon stress. Bila kita stress tu kerja dia ni lah. bila orang kata menyirap darah tu mungkin sebab norepinephrine naikkan blood pressure (takanan darah) orang tu lah.

Bila kita ada depresi, dopamine dan serotonin kita tengan rendah. sebab tu simptom-simptom depresi adalah sama macam tanda-tanda kurang hormon yang dua ni:

- sedih, rasa bersalah dan tak tenteram
- rasa kekosongan (cek tulisan Lili pasal kesunyian, juga), tak berguna
- rasa tak berminat nak buat apa-apa, tak ada selera, tak yakin dengan diri
- penat, tak bertenaga
- tak boleh tidur atau tidur berlebihan
- rasa fobia, rasa cemas

Yang menyebabkan ketidak seimbangan kimia ini adalah: sebab keturunan, pengabilan ubat/dadah, peristiwa hidup, STRESS (ni macam-macam... kewangan contohnya, atau mangsa buli), pengalaman atau peristiwa yang menyebabkan trauma dan mungkin juga post partum depression (orang kita panggil meroyan).


Kalau anda rasa anda mengalami depresi atau kemurungan, TOLONGLAH buat sesuatu. Depresi boleh dirawat! Anda tidak perlu rasa begitu dan menderita. Ianya bukan lah sesuatu yang memalukan... kan Lili dah cakap tadi, ada 3/10 orang mengalami depresi. 


Apakah rawatan yang akan di berikan kepada pesakit depresi? Bergantung kepada jenis dan keperluan, antara rawatan yang mungkin disyorkan oleh pakar perubatan adalah: Kaunseling, psikoterapi, terapi elektrokonvulsif dan perskripsi anti-depressent. Semuanya tidak menyakitkan, tidak memerlukan anda berada di hospital atau menjejaskan kerjaya anda.

Kalau tak mahu jumpa doktor lagi, cuba talian bebas tol 1800 22 5757 Sneham Malaysia Welfare Association untuk kaunseling dan sokongan emosi.
Talian bantuan bebas tol ini beroperasi setiap hari dari jam 4 petang hingga 8 malam.

Tak pun cuba komen sini, kongsi pengalaman dengan Lili dan sesiapa yang kebetulan membaca...

Ulasan