tanda-tanda seseorang itu sedang menipu

Hi semua yang sudi membaca!

Maaf Lili senyap pula berberapa hari ni. Lili sibuk dengan kerja.
Hari ni Lili nak buat artikel yang ringan-ringan sikit. Tanda-tanda seseornag itu sedang menipu. Kenapa tulis pasal penipu? tah la Lili tak ada sebab, tapi Lili suka baca isyarat badan orang kadang-kadang. Selalunya orang yang Lili baru kenal. Okay mari mulakan!

Berdasarkan apa yang Lili baca, nak kesan orang yang sedang menipu ni bukan senang, kita kene gabungkan berberapa faktor dalam masa yang sama... Jadi, Lili bahagikan faktor-faktornya kepada berberapa tajuk utama. Gabungan dari empat tajuk ini boleh tolong kita buat kesimpulan samaada seseorang itu gemuruh atau sedang menipu.

Nota tepi: sebenarnya kita perlu kenal pastu gerak badan seseorang itu dalam keadaan biasa sebelum kita kenal gerak-geri dia semasa menipu. Kadang-kadang kita nampak perubahan pada orang yang bukannya sedang menipu tetapi sedang rimas dengan soalan-soalan bertubi dari anda juga hahaha.

1. Suara
Perhatikan cara seseorang itu melontarkan vokalnya pada tajuk-tajuk perbualan yang biasa. Kalau tiba-tiba dia pelahankan suaranya, atau, tiba-tiba dia cakap lebih kuat dari biasa, ini tanda dia sedang berfikir lebih dari biasa sambil bercerita. perhatikan juga kelajuan dia bercakap, lebih laju? atau lebih perlahan? perkataan yang dia gunakan juga mukan berlainan dari perkataan yang dia biasa gunakan... 

2. Gerak badan
Yang ini juga menarik, sebab lain orang ada lain tanda-tandanya. Biasanya kalau kita menipu kita akan rasa tak selesa kan? cuba perhatikan gerak tubuh yang seakan cuba mengecil, peluk tubuh, tutup mulut ketika bercakap (jangan pulak tuduh kawan yang tutup mulut semasa mengunyah itu menipu), tak nak tengok muka anda tiba-tiba, bergerak setapak ke belakang, mungkin? ada juga yang cuba nampak bosan semasa bercerita kerana nak cepat-cepat akhirkan perbualan.

3. Mata
Gerak mata pun boleh berikan kita sedikit gambaran tentang apa yang dia sedang fikirkan. Berdasarkan kajian (Vrij et al., 2008), kekerapan mata si penipu berkelip bertambah setelah dia menyembunyikan kebenaran. Tetapi sewaktu dia menipu pula mata dia berkelip kurang dari biasa... menarik kan? Kalau berkaitan dengan objek, dia mungkin akan mengelak dari memandang sesuatu yang berkaitan dengan penipuan tersebut. Anak mata seseorang yang sedang menipu selalunya membesar (tapi kita orang asia ni susah la sikit nak tengok anak mata yang sama hitam dengan biji mata tu kan?). Ini adalah ciri-ciri orang yang sedang berfikir melalui memori secara rawak.


4. Isi perbualan
Cerita dia tak lengkap, dan bila kita minta dia ceritakan dengan lengkap, dia akan cerita denga terlalu detail. Dia juga mungkin kurang meletakkan diri dia dalam perbualan tersebut, perkataan 'saya' kurang digunakan kerana dia sebenarnya sedang mereka senario yang diceritakan. Cuba tanya soalan rawak semasa penipu bercerita seperti, apa yang dia makan hari tu dan lihat reaksi dia. Atau minta dia ceritakan apa yang terjadi secara terbalik (dari ending ke permulaan)?

Ada tak Lili tertinggal apa2? Lili suka ikut video seorang youtuber ni yang selalu bercakap mengenai isyarat badan.

Link di bawah:



Bacaan:
Vrij, A., Fisher, R., Mann, S., Leal, S. A cognitive load approach to lie detection. Journal of Investigative Psychology and Offender Profiling, vol. 5, issue 1–2 (2008). pp. 39–43.

Ulasan

  1. Alamak, selepas saya baca pasal ni, saya sedar mak saya selalu menipu :(((!

    BalasPadam
  2. Alamak, betul ke ni Martin? Lili fikir mungkin dia gemuruh atau takut tersalah cakap?

    BalasPadam

Catat Ulasan